About Us

iRez Guest House sebuah rumah banglo yang mempunyai ciri-ciri lengkap untuk percutian keluarga. Bertempat di Batu Buruk, Kuala Terengganu menempatkan lokasi yang paling sesuai untuk dikunjungi sebagai tempat penginapan yang selesa untuk sebarang percutian atau sebarang akitiviti di sekitar Kuala Terengganu.

Bagi kunjungan sekitar Kuala Terengganu iRez Guest House mempunyai kelebihan tersendiri kerana lokasinya memudahkan kunjungan para tetamu.

Kesesuaian adalah dengan keadaan rumah banglo yang besar dan selesa. Kemudahan lengkap bermula dari tempat letak kereta hingga ke ruangan bilik, dapur dan sebagainya.

Persekitaran yang bersih dan tenang dari sebarang gangguan bunyi-bunyian yang mengganggu ketenangan pengunjung iRez Guest House.