Sunday, November 7, 2010

Honeymoon Couple Special Dinner

Makan Malam Istimewa bersama pasangan pengantin daripada Singapura. Disediakan khas oleh BATU BUROK BEACH RESORT..

Sila click link dibawah untuk melihat gambar-gambar.

 http://www.bbbr.my/honeymoon-couple-special-dinner/

Sebarang pertanyaan, hubungi:

Rezlan
019-284 1084
Event Coordinator

Pameran Haiwan Berbisa



Pameran Haiwan Berbisa kini sedang diadakan di Muzium Negeri Terengganu dari 1 November - 31 Disember 2010.

Antara aktiviti yang diadakan:
  • Pertunjukan Ular
  • Manusia Bersama Ular
  • Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
  • Sembang-Sembang Haiwan Berbisa
Jangan lepaskan peluang ini!!!

Sebarang Pertanyaan, Hubungi:

Batu Burok Beach Resort
Tel: +609-622 1410
Web: www.bbbr.my

Ahmad Khairi & Farrah Ashrina Wedding

Date: 16 October 2010
Time : 8.00pm - 11.00pm
Theme: White & Grey
Venue: BBBR Ballroom
Event: BBBR Event Management

Dinner Function

 Date: 17 October 2010
Time : 11.00am - 4.00pm
Theme: White & Grey
Venue: BBQ Area
Event: BBBR Event Management

Lunch Function








Sesiapa yang berminat untuk melangsungkan hari perkahwinan di BATU BUROK BEACH RESORT KUALA TERENGGANU, sila hubungi,


Rezlan
019-284 1084
Event Coordinator

Keropok Lekor

  
Keropok Lekor



Keropok lekor atau kerepok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu yang terkenal. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepong kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.

Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi.

Keropok lekor boleh dimakan segar sabaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersohor kebeberapa negeri lain.

Keropok lekor biasanya tidak tahan lama. Bagaimanapun, sekiranya hendak disimpan dengan lebih lama, keropok lekor hendaklah dibalut dengan plastik dan diletakkan ditempat air batu bagi mengelakkan baunya mencemar makanan lain. Apabila hendak dimakan, ia perlu dibasuh dan direbus semula dengan air yang dicampurkan sedikit garam, sekiranya tidak keropok berasa tawar.

Selain daripada dimakan segar, keropok lekor juga boleh dipotong pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan keropok yang lebih rangup. Keropok lekor yang dicampur dengan tepung kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar menjadi liat apabila sudah sejuk. Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan menjadi liat walaupun ia sudah sejuk selepas digoreng.

Keropok lekor juga boleh diproses dengan lebih lanjut untuk dijadikan keropok keping. Keropok lekor yang telah direbus akan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok keping. Keropok keping ini akan menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila dimakan dengan sos cili.


Friday, November 5, 2010

Ulek Mayang


ULEK MAYANG adalah tarian tradisional Terengganu yang mempunyai unsur-unsur pemujaan semangat pantai. Tarian ini ditarikan oleh 10 hingga 15 penari sebagai persembahan kepada penunggu laut supaya tidak menggangu nelayan yang mencari rezeki di tengah lautan.  

Mengikut catatan sejarah, Ulek Mayang menampilkan persembahan tujuh puteri yang mengubati orang yang terkena sampuk. Tujuh puteri tersebut berasal dari bukit puteri dan sentiasa menjadi tumpuan orang tempatan untuk meminta bantuan, iaitu mengubati orang sakit melalui jampi, seru, dan mentera. 

Tarian Ulek Mayang juga digunakan dalam pengubatan tradisional. Ia menjadi identiti masyarakat Terengganu kerana tarian ini menjadi amalan masyarakat melayu di Terengganu sejak beratus-ratus tahun dahulu. Sebelum tarian dimulakan, mayang pinang akan dipuja serta digoncang-goncang diatas bekas kemenyan. Mayang pinang tadi kemudiannya berpindah tangan dari seorang ke seorang sehinggalah penari yang memegang mayang tersebut tidak sedarkan diri.  

Lirik Lagu Ulek Mayang
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Ulek mayang ku ulek 
ulek dengan puterinya dua
 
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat

Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam

Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh

Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala



Monsoon Cup 2010 Terengganu, Malaysia (30 Nov-5 Dec)



The Monsoon Cup Malaysia is Stage 9 of the 2010 World Match Racing Tour. The Monsoon Cup, 30 Nov - 5 Dec, 2010, will officially crown the 2010 World Match Racing Champion.